Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

BJR inisiatif anak muda budayakan amalan membaca

3:11pm 09/03/2017 Leolerry Lajius 11 views Pendidikan,Ranau,Tempatan

Suasana BJR ​S​iri 10 ketika Masidi membedah hasil bacaan beliau.

RANAU: Budaya membaca dalam kalangan anak muda bukan lagi suatu perkara norma dalam masyarakat kita. Usaha yang dilaksanakan oleh tujuh orang penggerak ‘Buku Jalanan Ranau (BJR)’ dalam mempertahankan budaya ini telah menarik penduduk Ranau menyertai perjuangan mereka.

​Salah seorang daripada mereka ialah ​Sofia Atiqah Rehinin, 26, guru di SJKC Pui Hwa Menumbok.

Program ini merupakan usaha mereka untuk menggalakkan penduduk Ranau membaca buku dan sebagai medium pertemuan para pencinta buku.

“Tujuan kami ialah untuk masyarakat Ranau mendekati buku dan mengalu-alukan penggemar buku berkongsi minat dan intipati buku yg dibaca.

“Selain itu, program ini dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang untuk tampil ke hadapan ‘membedah’ buku dan pandangan mereka terhadap kandungan buku tersebut​.

“Bagi pendengar pula,kehadiran mereka pada sesi ‘bedah’ buku mampu menyemai minat membaca sekaligus meningkatkan keyakinan diri untuk berada di hadapan dalam perjumpaan yang akan datang.

“Besar harapan kami agar aktiviti ini terus mendapat sokongan dan memberi ilham kepada penduduk seluruh Sabah dan dapat menjalankan aktiviti bermanfaat di ​kawasan mereka,” kongsinya.

Menurut Sofia, mereka mendapat inspirasi daripada Buku Jalanan Titi yang kini telah mencapai siri ke-​80.

“Pada awalnya, kami tidak menerima sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 15 orang sahaja.

Tetapi, ​setelah kami mula membuat hebahan melalui media sosial, semakin ramai menyertai perjumpaan kami sehingga mencapai 100 orang pada siri kali ini,”katan​ya.

​Peserta program,​ Halizah Abdul Halim, 37, dari Kota Marudu juga seorang guru di SK Pahu Himbaan setia memberikan sokongan kepada program siri 10 yang bertemakan inspirasi.

“Sekiranya sekolah tidak mempunyai aktiviti pada hari BJR berlangsung, saya akan hadir untuk berkongsi bahan bacaan saya sambil mendengar ‘review’ pembaca yang lain di perjumpaan tersebut.

“Sebelum ini,​ ​saya telah​ menghadiri siri ke​-​8 bertemakan cinta dan saya meng​utarakan buku bertajuk Hujan yg ditulis oleh Tere Liye warga Indonesia​.

“Pada kali ini pula, saya utarakan buku yang sememangnya amat memberi inspirasi kepada saya iaitu Pujuklah Hati karya Bonda Nor​, sebuah buku tarbiah rohani yang amat berkesan buat diri saya.

“Pada pandangan saya, BJR memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mengutarakan pendapat peribadi tentang apa yang telah dibaca.

“Ia juga merupakan pentas dan aktiviti santai yang dikendali belia serta menarik perhatian saya untuk menyertai aktiviti yang di​anjurkan,” katanya.​

​Dia yang ditemui di Taman Awam Ranau, pada Sabtu lalu, turut menyatakan harapan agar program ini konsisten dalam mendukung usaha menerapkan budaya membaca, mengetengahkan bahan bacaan yang berguna dan membina sahsiah diri belia.​

Sesi perjumpaan BJR Siri 10 ini turut ​mendapat penyertaan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dengan buku bertajuk  How to Win Friends & Influence People hasil ​tulisan Dale Carnegie serta menyampaikan sumbangan RM6,000 untuk membiayai kos pelaksanaan aktiviti ​kepada Penggerak BJR./PENERANGAN-

Masidi​ ​membedah buku ​​How to Win Friends & Influence People hasil tulisan Dale Carnegie.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan