Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BisKaunselor bantu usahawan

KOTA KINABALU: Program Pembangunan Usahawan Bumiputera (PPUB) di bawah kendalian Institut Kusahawanan Negara  (INSKEN) akan mengadakan sesi bertemu BisKaunselor untuk  menganalisis 500 orang usahawan  yang boleh dibantu.

Menurut Pegawai Kanan INSKEN, Norasiah Binti Harun, program ini juga sebagai latihan kepada BisKaunselor yang sudah terpilih dan sebagai pemudah cara usahawan dalam usaha membimbing usahawan untuk mengenalpasti keperluan atau masalah yang dihadapi dalam perniagaan.

“Biskaunselor merupakan satu insiatif INSKEN untuk menyediakan khidmat perundingan bisnes dengan tumpuan khusus kepada perusahaan kecil dan  mikro pada peringkat permulaan,”katanya.

Program itu yang akan diadakan pada 28 November ini di Sabah Trade Centre turut mengalu-alukan penyertaan usahawan dari seluruh negeri.-Oleh Leolerry Lajius/Sayangsabah

 

Norasiah sedang menerangkan proses BisKaunselor-Gambar Oleh Jimmy Tan
Norasiah sedang menerangkan proses BisKaunselor-Gambar Oleh Jimmy Tan

Komen


Berita Berkaitan