Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Biro Sukan PBS benam Tuaran X-SMKTe, 5-4

Pemain X-SMKTe berusaha mempertahankan gawang mereka daripada ditembusi lawan.
Pemain X-SMKTe berusaha mempertahankan gawang mereka daripada ditembusi lawan.

KOTA KINABALU – Pasukan gabungan Biro Sukan Parti Bersatu Sabah (PBS) Induk menewaskan Tuaran X-SMKTe dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Padang Pertanian, semalam dengan jaringan 5-4.

Gol pertama Biro Sukan terhasil menerusi gerakan cantik Royston Fahd Ajin yang bijak menggelecek pertahanan lawan lalu menewaskan penjaga gol X-SMKTe.

Royston menyumbat gol keduanya setelah menerima hantaran lintang cantik daripada penyerang pasukan Biro Sukan, Arrend, manakala rakannya, Rayner Losiyus berjaya membuat rembatan padu dari luar kotak panelti untuk gol ketiga.

Bagaimanapun, penyerang X-SMKTe, Azri Rosli berjaya menjarakkan kedudukan menerusi dua gol cantik menewaskan penjaga gol Biro Sukan, Jennysen Moidin. Gol keempat Biro Sukan terhasil menerusi hantaran jauh Eventius, yang disudahkan Royston menerusi satu rembatan cantik di sebelah kiri gawang gol tuan rumah.

Azri sekali lagi mengejutkan pihak lawan menerusi percubaan dari jarak 20 meter menjadikan kedudukan 3-4. Pemain tengah, Eventius Majimbun yang tidak dikawal melengkapkan gol kemenangan kepada pasukan Biro Sukan.

Gol keempat X-SMKTe terhasil menerusi sepakan penalti yang disudahkan kapten, Fredolin Guyang setelah Azri dijatuhkan di dalam kotak penalti. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan