Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Biro Pendidikan UMNO Semporna agih RM20,000 jayakan Karnival Bahasa

 Dr. Mohd Faizal (dua kiri) menyampaikan replika cek kepada Pairing pada majlis itu. - foto Masani Sandan
Dr. Mohd Faizal (dua kiri) menyampaikan replika cek kepada Pairing pada majlis itu. – foto Masani Sandan

SEMPORNA – Biro Pendidikan dan Pidato Pemuda UMNO Bahagian Semporna menyumbang RM20,000 kepada Pejabat Pendidikan Semporna bagi penganjuran Karnival Bahasa Peringkat Daerah pada Mac depan.

Pengerusi Bironya, Dr. Mohd Faizal Hisham berkata, sumbangan itu bertujuan membantu melancarkan dan memantapkan lagi perancangan penganjuran karnival berkenaan.

“Karnival ini adalah kali pertama dianjurkan di daerah ini, jadi kami sangat berharap ia dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya ketika berucap dalam majlis Pembentangan Kertas Kerja Konsep Karnival Bahasa itu, di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Semporna, Pairing Intang berkata, sumbangan Biro Pendidikan dan Pidato Pemuda UMNO Bahagian Semporna dapat memastikan penganjuran karnival itu diadakan dengan jayanya.

“Kita mengalu-alukan sokongan yang diberikan dan kami berharap karnival bahasa ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berharap masyarakat serta pelajar dapat memberi sokongan dengan menghadiri program itu,” ujarnya. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan