Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Biro Kebajikan UMNO hantar misi bantuan

bantuanumno

MELAKA: Biro Kebajikan UMNO dengan kerjasama Kelab Putra 1Malaysia dan Aman Malaysia, akan menghantar pasukan misi kemanusiaan ke Gaza dalam usaha memberikan sokongan moral dan bantuan perubatan kepada penduduk Palestin yang diserang rejim Israel.

Pengerusinya Datuk Abd Azeez Abd Rahim berkata, misi bantuan kali keempat itu akan dilancarkan dalam tempoh terdekat sejurus selepas mendapat pelepasan daripada pihak berkuasa.

Katanya, sehubungan itu, beliau akan memohon bantuan dari Wisma Putra dan kerajaan Mesir untuk membolehkan misi bantuan berkenaan memasuki Gaza melalui Rafah.

“Bedasarkan pengalaman yang lepas, sekurang-kurangnya kita perlu membawa bantuan sebanyak 100 tan terdiri daripada 40 tan bantuan perubatan dan 60 tan makanan.

“Walaupun masih tidak mengetahui bila kelulusan akan diberikan, namun pasukan kami sudah bersedia pada bila-bila masa yang mana sehingga kini sudah terdapat 40 sukarelawan berdaftar,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan