Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Biro Kebajikan UMNO Beri Elaun Bantu Malim Gunung Terjejas Pendapatan

masidi1

KOTA KINABALU : Biro Kebajikan UMNO bersetuju memberikan elaun bulanan selama tiga bulan kepada malim Gunung Kinabalu yang terjejas hasil pendapatan ekoran kejadian gempa bumi pada 5 Jun lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata biro berkenaan bersetuju memberi elaun kepada lebih 150 malim gunung yang terbabit selama tempoh Gunung Kinabalu ditutup kepada sebarang aktiviti pendakian.

“Kadar elaun sebanyak RM800 sebulan akan diberikan kepada malim gunung yang aktif manakala RM400 kepada malim yang tidak aktif,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Wilfred Bumburing (PKR-Tamparuli) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, Isnin.

Bumburing ingin tahu mengenai rancangan kerajaan negeri mahupun pusat dalam memberi bantuan kepada malim gunung yang terjejas pendapatan mereka selama tempoh Gunung Kinabalu ditutup bagi kerja-kerja pembaikan.

Aktiviti pendakian di gunung berkenaan dijangka beroperasi semula pada minggu pertama September.

Mengulas lanjut, Masidi berkata, dalam usaha membantu memberikan pendapatan lebih kepada malim gunung, kerja-kerja pembaikan laluan ke puncak gunung akan turut melibatkan khidmat mereka.

“Ini supaya mereka akan diberikan imbuhan dan pendapatan sementara menunggu pekerjaan mereka sebagai malim gunung dikembalikan,” jelasnya.

Masidi turut memberitahu sumbangan wang yang diterima Tabung Bencana Negeri daripada agensi kerajaan serta swasta telah mula diagihkan kepada malim gunung yang terjejas.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan