Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BIRO ADUAN USAHAWAN SABAH DIWUJUDKAN SERTA-MERTA

Mohd Redzuan menyempurnakan gimik perasmian Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera pada akhir acara berkenaan. -Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) mewujudkan Biro Aduan Usahawan di Sabah serta merta.

Menterinya Mohd Redzuan Md Yusof berkata, Biro Aduan berkenaan adalah bagi memperhalusi cara kerajaan mengurus pembangunan usahawan yang mampan di Sabah.

“Kita memandang serius apa sahaja bentuk pembangunan usahawan di Sabah sebab kita lihat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau usahawan mikro adalah antara kumpulan yang mesti dibangunkan untuk menyumbangkan kepada perubahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita yang mana dilihat kebelakangan ini tidak begitu membransangkan.

“Ini mesti ada sebab-sebab tertentu dan oleh itu kita wujudkan Biro Aduan usahawan dengan mengambil dan mencatatkan maklum balas daripada pengusaha agar kita boleh perhalusi cara kita menguruskan pembangunan usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera di sini hari ini.

Sementara itu, Redzuan mahu mengenal pasti agensi kerajaan yang boleh menjadi mengawal dan menjadi penggerak kepada biro berkenaan.

Tambahnya, biro berkenaan juga diwujudkan kerana potensi usahawan di Sabah amat besar sekali.

“Tetapi kita mahu melihat macam mana kita boleh bantu dengan lebih untuk membangunkan usahawan di sini.

“Sebab Sabah mempunyai kepelbagaian sumber alam dan kenapa kita tidak buat sesuatu industri yang boleh menambahkan kemasukan pelancong melalui usahawan,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan