Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Biri-biri tanda kasih

GAMBAR biri-biri berbentuk seperti hati yang dikongsikan Kathy. Gambar kecil, Kathy bersama suaminya.
GAMBAR biri-biri berbentuk seperti hati yang dikongsikan Kathy. Gambar kecil, Kathy bersama suaminya.

Canberra: Seorang lelaki memilih cara pelik, tetapi unik untuk menunjukkan kasih kepada isterinya menjelang Hari Kekasih apabila menyusun 800 biri-biri peliharaannya dalam bentuk hati.

Paul Packer menaburkan barli dalam bentuk hati yang besar di padang rumput sebelum melepaskan biri-biri peliharaannya yang pantas memakan makanan itu.

Isterinya, Kathy berkata, Packer berbuat demikian untuk menghiburkannya selepas mengalami minggu yang sukar.

“Saya memang mengadu kepadanya yang keadaan sangat sukar sepanjang minggu lalu. Saya tidak menyangka langsung dia memilih cara yang sungguh manis untuk memujuk saya,” katanya.

Kathy turut memuat naik gambar biri-biri berkenaan di Facebook bersertakan keterangan: “Beginilah caranya peladang memberi makan kepada biri-biri apabila tahu isterinya sedang bersedih.”

 

Komen


Berita Berkaitan