Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Biodiesel Sawit B7 Kini Mula Dijual Di Sarawak, Sabah Dan Labuan

BINTULU: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama dengan Duta Biodiesel B7 ratu terjun negara, Pandelela Rinong ketika melancarkan penggunaan Biodiesel Sawit B7 di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di sini hari ini. - Foto BERNAMA
BINTULU: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama dengan Duta Biodiesel B7 ratu terjun negara, Pandelela Rinong ketika melancarkan penggunaan Biodiesel Sawit B7 di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di sini hari ini. – Foto BERNAMA

BINTULU – Semua pemilik kenderaan diesel di Sarawak, Sabah dan Labuan boleh menggunakan biodiesel sawit B7 yang mesra alam serta menepati standard antarabangsa mulai hujung bulan ini setelah ianya dijual secara terhad di ketiga-tiga negeri mulai Disember 2014.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, biodiesel sawit B7 iaitu adunan tujuh peratus biodiesel sawit dengan 93 peratus diesel petroleum akan dibekalkan ke 366 stesen minyak di Sarawak, Sabah dan Labuan mulai akhir bulan ini.

“Ini akan menggunakan sebanyak 138,000 tan biodiesel sawit setahun,” katanya semasa pelancaran penggunaan biodiesel sawit B7 di Sarawak, Sabah dan Labuan di sini hari ini.

Uggah berkata, dengan penggunaan B7 di ketiga-tiga negeri, dianggarkan 576,000 tan biodiesel akan digunakan di seluruh negara setiap tahun.

“Kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah memperuntukkan RM340 juta bagi pembinaan kemudahan pengadunan biodiesel di 35 buah depoh petroleum seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, terdapat lima depoh petroleum di Sarawak yang dimiliki Petronas, Shell dan Synergy, lapan depoh petroleum di Sabah dimiliki Petronas, Shell dan Petron dan dua depoh di Labuan milik Petronas dan Shell.

Menurutnya, penggunaan B7 kini meluas dilaksanakan dengan Kesatuan Eropah sejak 2009, Thailand mulai Januari 2014 dan Indonesia sejak Februari 2012.

Katanya, MPOB sedang mengkaji kesesuaian B10 iaitu adunan 10 peratus ataupun lebih biodiesel sawit dengan melaksanakan skim insentif biodiesel Sawit (SIBS) secara sukarela kepada sektor industri, percubaan penggunaan B10 dan B20 untuk kenderaan ibu pejabat MPOB serta stesen penyelidikan MPOB, percubaan penggunaan B10 bagi 10 kenderaan syarikat Alam Flora Sdn Bhd dan 50 kenderaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Bagi mengalakkan pengunaan sektor industri, MPOB memperuntukkan RM3 juta melalui SIBS dengan penawaran RM300 setan metrik pembelian atau pengunaan biodiesel sawit,” katanya sambil menambah program tersebut telah dilaksanakan
sejak Mac 2013 dan dijangka menggunakan 10,000 tan biodiesel sawit setahun.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May berkata, MPOB telah berjaya mengkomersilkan teknologi biodiesel sawit bergred musim sejuk dengan tiga buah loji dengan kapasiti 30,000 tan metrik setahun telah dibina. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan