Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bingung Lihat Dunia Lepas 44 Tahun Dalam Penjara

4:47pm 27/11/2015 Pak Roshan 2973 views Global

Otis-Johnson

NEW YORK — Otis Johnson kelihatan tercengang kebingungan ketika dia mula menghirup udara segar bebas untuk kali pertama setelah menjalani hukuman penjara selama 44 tahun di bandar raya digelar Big Apple ini.

Lelaki tempatan berusia 69 tahun ini menceritakan pengalamannya kepada stesen penyiaran antarabangsa Al Jazeera, ketika ditemui pada Rabu lalu bahawa dunia di luar penjara langsung telah berbeza selepas empat dekad.

Dia menceritakan bagaimana keliru ketika berjalan-jalan di kota terbesar Amerika Syarikat itu dan melihat ramai orang memakai telefon pintar, sejumlah minuman berwarna-warni, dan gaya aksi pejalan kaki seperti zombie.

Otis-Johnson1

“Penjara telah banyak mempengaruhi kehidupan diri saya selama ini. Saya berasa cukup sukar ketika kembali ke dunia luar kerana banyak hal yang didapati telah jauh berubah,” ujar Otis ketika mula membuka ceritanya itu.

Dia memberi contoh keadaan orang ramai berjalan dengan headset atau penutup kepala di telinga mereka, bahkan masih lagi boleh bergerak pantas tanpa memperhatikan keadaan jalanan yang cukup sibuk pada waktu puncak.

Otis bingung bagaimana masyarakat ketika ini dapat melakukannya begitu sahaja dengan mudah. Namun, warga emas ini bertekad untuk tetap berfikiran positif kerana sedar dunia berubah sepanjang dia dikurung di penjara.

“Saya ingat ramai orang ini menjadi ejen CIA kerana pada zaman saya, itulah yang sering dipakai ejen rahsia di telinga mereka ketika bekerja. Ketika saya melihat dengan lebih dekat, baharu saya menyedari, itu adalah headset,

“Juga sesuatu yang berkaitan gajet dengan apa yang namanya disebut iPhone itu,” cerita Otis sambil mengimbau pengalaman lucu kali pertama semasa dia masuk mengunjungi sebuah pasar raya di kawasan kejiranannya.

Lelaki kulit hitam ini mendakwa dia melihat begitu banyak jenis makanan dan minuman berwarna-warni yang belum pernah dilihatnya selama hidup. “Susah untuk memilih yang mana satu akan saya beli,” ujar beliau.

Otis kemudian dengan sedih turut bercerita bahawa hal yang paling sukar baginya adalah ketika ia kehilangan hubungan dengan semua ahli keluarganya sendiri, yang kali terakhir melawatnya di penjara ialah pada 1998 lalu.

Otis-Johnson2

“Susah bagi saya kehilangan ramai insan yang saya amat cintai semasa zaman muda. Saya merindukan diri mereka, tetapi tidak tahu bagaimana hendak mencarinya. Saya kini tiada orang yang boleh diajak untuk berbicara.

“Kita tahu bahawa kadang-kala kita harus mengabaikan hal-hal yang sudah terjadi pada masa lalu. Kemarahan akan menghalang proses kemajuan. Saya berusaha melihat ke depan untuk terus bertahan di dunia ini,” tuturnya.

Dia dihukum pada usia 25 tahun kerana kesalahan cuba membunuh seorang pegawai polis dan ketika dibebaskan, pihak penjara memberinya wang saku sebanyak AS$40 (RM170), dua tiket bas dan kad pengenalan milik dirinya.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan