Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bina SMK Langkon segera demi kemudahan murid-Jelani

11:41pm 13/01/2016 Ann Vivien 127 views Isu Semasa,Tempatan
 Jelani meninjau tapak pembinaan SMK Langkon yang sudah semak dan belum dimulakan dengan hanya papan tanda.

Jelani meninjau tapak pembinaan SMK Langkon yang sudah semak dan belum dimulakan dengan hanya papan tanda.

KOTA MARUDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan mahu pihak yang terlibat agar segera memulakan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkon demi kemudahan murid-murid sekolah.

Katanya, cadangan pembinaan sekolah itu yang mengandungi 24 bilik darjah dan kemudahan berkaitan telah gagal dimulakan oleh pihak kontraktor sejak awal tahun 2013.

Menurutnya, pembinaan sekolah itu sepatutnya dijangka siap pada Mac 2015 telah tertangguh dan tidak berjalan disebabkan oleh masalah teknikal.

“Saya amat kecewa dengan status ini kerana ia membebankan penduduk dalam kawasan ini khususnya murid-murid yang menjadi mangsa kerana terpaksa menumpang kelas di bangunan lain”, katanya kepada pemberita selepas melawat tapak lokasi cadangan pembinaan bangunan sekolah itu, dekat sini.

Jelani berkata, beliau difahamkan antara masalah yang menghalang memulakan pembinaan sekolah berkenaan pada masa itu ialah masalah Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) (Environmental Impact Assessment)  dan diikuti dengan masalah perubahan plan dan harga yang juga memerlukan kelulusan jabatan2 dan agensi kerajaan tertentu.

“Saya faham ianya memang perlu diselesaikan dan dimuktamatkan, tetapi wajar ianya mengambil  masa bertahun lamanya”, katanya.

Sebelum ini beliau telah membuat beberapa siri lawatan mengejut ke tapak lokasi pembinaan SMK Langkon dan sekolah dimana SMK Langkon menumpang sekarang ini  bagi meninjau dan melihat sendiri kesukaran dan kepayahan yang dialami oleh pihak sekolah khususnya murid-murid yang menuntut di sekolah itu.

Jelani yang memandang serius kes kelewatan pembinaan SMK Langkon memberi tempoh selama 14 hari untuk pihak-pihak yang terlibat memaklumkan perkembangan terkini (update) kepada beliau dan memulakan pembinaan sekolah tersebut.

“Saya juga telah memberi kata dua kepada pihak kontraktor yang dilantik iaitu memulakan kerja pembinaan atau saya mulakan tindakan seterusnya”, tegasnya.

Jelani telah membangkitkan isu kegagalan pembinaan sekolah itu semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 16 April 2014 yang lalu.- Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan