Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

BIMP-EAGA dapat membantu meningkatkan perdagangan dan pelaburan Sabah

8:48pm 09/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 19 views Tempatan,YB Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Datuk Raymond Tan dan para dif-dif jemputan merasmikan majlis tersebut

Datuk Raymond Tan dan dif-dif jemputan merasmikan majlis tersebut

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri Sabah terus komited dalam membangunkan ekonomi terutamanya dari segi perdagangan dan pelaburan di negeri ini.
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman, Profil Pelaburan dalam Koridor Pembangunan Ekonomi Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur- Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA) dapat memberi peluang kepada para pelabur untuk melabur dalam pelbagai sektor terutamanya di negeri ini. Contohnya, Koridor Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah.
“BIMP-EAGA telah mencapai kemajuan yang amat ketara dalam melaksanakan matlamatnya bagi mempercepatkan pembangunan wilayah kecil dengan meningkatkan perdagangan , pelaburan dan pelancongan dalam kawasan terlibat dalam tempoh dua dekad ini”, katanya.
Teks ucapan beliau telah dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah semasa berucap di majlis makan malam bersempena dengan “19th BIMP-EAGA Ministerial Meetings and Related Meetings” di Magellan Sutera, di sini, hari ini.
Disamping itu, beliau yakin dengan perdagangan dan pelaburan yang dilakukan bersama negara serantau seperti BIMP-EAGA akan memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi negara terutamanya negeri ini.
Selain itu, beliau menggesa semua pihak tidak kira sektor kerajaan mahupun swasta agar berusaha dalam memastikan BIMP-EAGA dapat mencapai matlamatnya iaitu membangunkan ekonomi serantau. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan