Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bimbing pelajar hingga mereka mencapai kejayaan

4:45pm 18/11/2015 Leolerry Lajius 299 views Tempatan
Cikgu Kuilim Minin, Guru besar SK St. Agnes

Cikgu Kuilim Minin, Guru besar SK St. Agnes

 

KOTA KINABALU: Kelas bimbingan yang memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu antara langkah yang dilaksanakan oleh Sekolah Rendah St. Agnes untuk membantu mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun ini.

Menurut Guru Besar Cemerlang St. Agnes Puan Kuilim Minin, kelas bimbingan secara berfokus ini adalah langkah yang proaktif untuk membantu pelajar kerana guru pembimbing lebih fokus kepada kelemahan pelajar.

“Hasil daripada usaha dan bimbingan para guru, St. Agnes berjaya menduduki tempat keempat peringkat negeri Sabah dan tempat kedua bagi daerah kota kinabalu pencapaian UPSR terbaik, “katanya.

Sementara itu bagi Olivia Jelome Lingkayan dan Andi Olot yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru II, kerjasama antara ibu bapa dan guru adalah antara langkah yang digunanakan untuk bersama-sama mendidik pelajar.

SK Tanjung Aru II juga turut mengadakan program motivasi, bengkel menjawab soalan dan kelas tambahan sebagai alat bantu mengajar pelajar.

Ditanya mengenai harapan mereka untuk pelajar UPSR tahun hadapan, mereka berharap agar pelajar, guru dan ibu bapa lebih bersedia dan bersama-sama merancang program sejak dari awal memandangkan format peperiksaan akan menggunakan format yang baharu.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Cikgu Olivia dan Cikgu Andi, Guru di SK. Tanjung Aru II

Cikgu Olivia dan Cikgu Andi, Guru di SK. Tanjung Aru II

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan