Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,708

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bilionair pakai jam murah

9:19am 04/07/2016 Pak Roshan 22 views Global
LI ditemu bual wartawan Bloomberg.

LI ditemu bual wartawan Bloomberg.

Beijing: Hartanya mungkin bernilai AS$28 billion (RM112 bilion), namun jam tangan pilihan Li Ka-shing hanyalah Citizen Eco-Drive berkuasa solar yang cuma bernilai AS$500 (RM1,900).

Dalam satu temu bual dengan Bloomberg, Li, 87, yang dilihat memakai jam itu berkata, ia murah, mudah dan tahan lasak.

“Kalau saya pakai jam bernilai ribuan dolar, sudah tentu perlu sentiasa berhati-hati. Tetapi jam ini cuma beberapa ratus dolar saja.

“Saya boleh bermain golf, berenang, malah melakukan apa saja senaman tanpa perlu berjaga-jaga,” katanya.

Selain itu, Li berkata, dia sentiasa mempercepatkan waktu jam dipakainya sehingga 30 minit supaya tidak terlewat untuk sebarang temu janji.

Wartawan yang mengendalikan temu bual itu kemudian menunjukkan jam dipakainya – Audemars Piguet Royal Oak bertatah berlian yang berharga 30 kali lebih mahal daripada jam Li. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan