Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bilangan Restoran Makanan Antarabangsa Perlu Dipertingkatkan

Abidin (Tengah) menandatangani plak. Bersama beliau ialah rakan kongsi Kuta Bistro, Lincoln M Idang   (Kiri) dan Darren Yeo (Kanan)
Abidin (Tengah) menandatangani plak. Bersama beliau ialah rakan kongsi Kuta Bistro, Lincoln M Idang (Kiri) dan Darren Yeo (Kanan)

KOTA KINABALU- Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir menyeru agar lebih banyak restoran makanan yang khusus kepada hidangan antarabangsa untuk menarik lebih ramai pengunjung dari luar negara.

Menurut Abidin, seramai 743,753 orang pengunjung dari luar negara datang ke Sabah telah direkodkan sepanjang januari hinggalah September, tahun ini.

“Disebabkan oleh bilangan pengunjung dari luar negara yang semakin meningkat, maka pembukaan lebih banyak restoran yang khusus kepada masakan dari luar negara”, katanya semasa merasmikan pembukaan restoran Kuta Bistro, di Waterfront, di sini, kelmarin.

Disamping itu, kata Abidin, persekitaran Kuta Bistro yang berkonsepkan Bali mampu menarik perhatian lebih ramai pengunjung untuk mengunjungi restoran tersebut.

Walaubagaimanapun, restoran tersbut juga menyediakan masakan dari Barat, tempatan dan bukan hanya masakan Bali semata-mata.

Selain itu, restoran ini akan mulakan operasinya pada jam 4 petang hinggalah 1 pagi setiap hari.

Disamping itu, Abidin menyeru agar semua pengusaha industri makanan dan pelancongan di daerah ini agar memastikan kebersihan persekitaran restoran mereka terutamanya tandas dijaga sepenuh masa. Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan