Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bilangan pesakit meningkat, PCA Sabah perlu bangunan baru

Datuk Joseph Ambrose Lee (kiri) menyampaikan Mock cek bernilai RM 100,000 kepada PCA dan disaksikan oleh Raymond (tengah)
Datuk Joseph Ambrose Lee (kiri) menyampaikan Mock cek bernilai RM 100,000 kepada PCA dan disaksikan oleh Raymond (tengah)

KOTA KINABALU- Persatuan Jagaan Paliatif (PCA) Sabah memerlukan sebuah bangunan baru bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat pada setiap tahun.

Presidennya, Morna Chua berkata lebih kurang seramai 3,000 pesakit paliatif berdaftar dengan persatuan tersebut sejak ditubuhkan pada tahun 1999.
“Kami telah menerima bilangan pesakit yang semakin ramai. Setiap tahun kami akan menerima lebih kurang 200 hingga 250 pesakit,”katanya semasa berucap sempena Majlis Makan Malam Amal PCA kali ke-16, di Magellan Sutera Harbour, semalam.
Dalam masa sama, beliau berkata, PCA juga telah melaksanakan program penjagaan pesakit di rumah (Home Care Programme) di daerah Tuaran,baru-baru ini.
“PCA Sabah telah melanjutkan perkhidmatannya di sekitar daerah itu bagi memberi sokongan serta bantuan dari segi perubatan kepada pesakit paliatif di daerah Tuaran,”katanya.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri Sabah, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ir Edward Yong Oui Fah, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, Penaung PCA, Datuk Victor Paul
Majlis itu turut dimeriahkan oleh persembahan daripada kumpulan “Tina Turner” Tribute dari Vancouver, Canada dan beberapa persembahan daripada artis tempatan, Rosario Ninih. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan