Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bilangan mangsa banjir di Sabah terus meningkat

BANJIR… Hanya kenderaan berat dan pacuan empat roda sahaja yang dapat melalui jalanraya yang ditenggelami banjir di Beaufort. – foto Bernama
BANJIR… Hanya kenderaan berat dan pacuan empat roda sahaja yang dapat melalui jalanraya yang ditenggelami banjir di Beaufort. – foto Bernama

KOTA KINABALU – Bilangan mangsa banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini terus meningkat kepada 2,968 orang daripada 1,008 keluarga setakat lewat petang Khamis, berbanding pagi tadi iaitu sebanyak 1,556 orang.

Daerah yang terjejas teruk akibat bencana itu ialah Beaufort yang menyaksikan seramai 1,214 orang daripada 397 buah keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setakat jam 6.30 petang Khamis.

Manakala, daerah kecil Membakut pula mencatat jumlah mangsa banjir seramai 1,694 orang daripada 598 keluarga.

“Semua mangsa banjir dipindahkan ke empat pusat pemindahan yang dibuka di sekitar Membakut,” kata Penolong Pegawai Daerah Membakut, Sarudin Ismail ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihak berkuasa berkenaan sedang memantau bilangan penduduk yang terpaksa dipindahkan ke pusat tersebut dari masa ke semasa.

Bilangan penduduk di pusat pemindahan di Sipitang kekal 60 orang daripada 13 buah keluarga.

Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Mustaffa Maarof Mustaffa menasihatkan penduduk di kawasan yang terjejas banjir supaya segera berpindah apabila diarah berbuat demikian oleh pihak berkuasa..

Beliau berkata keengganan penduduk berpindah lebih awal, akan menyukarkan pihak berkuasa untuk memberi bantuan.

“Polis telah memberi arahan awal agar berpindah berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi,” katanya.

Katanya semua agensi kerajaan kini sedang memberi bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir di daerah Beaufort dan Membakut.

Sementara itu di Petaling Jaya, Timbalan Setiausaha (Pengurusan Keselamatan) MKN Ogu Salim Omar berkata MKN bersedia sepenuhnya sekiranya situasi banjir yang sedang berlaku di  Sabah dan Sarawak bertambah teruk.

Beliau berkata pihaknya sebelum ini telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat mengenai persiapan menghadapi banjir bersama agensi berkaitan.

“Mesyuarat berkenaan dijalankan sebelum musim tengkujuh lagi dan segala persiapan dirasakan mencukupi, berdasarkan pengalaman kami menghadapi banjir di Sarawak pada tahun lepas,” katanya lagi. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan