Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bilangan anak Melayu dan Bumiputera masih kurang jadi pakar- Jaujan

1:14pm 03/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 51 views Tempatan
Jaujan menerima cenderamata daripada Pengetua sekolah, Encik Johan sambil diperhatikan oleh Puan Umai.

Jaujan menerima cenderamata daripada Pengetua sekolah, Encik Johan sambil diperhatikan oleh Puan Umai.

SEMPORNA- Bilangan anak-anak Melayu dan Bumiputera yang berpendidikan tinggi dengan memiliki kelulusan dalam pelbagai bidang professional khas masih kurang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Dato’ Dr Haji Jaujan Haji Sambakong.

Katanya, antaranya bidang professional itu ialah doktor perubatan, jurutera, kewangan, saintis dan angkasawan.

“Kita tidak mahu lagi akan berlaku ramai kalangan lepasan Pusat Pengajian Tinggi hari ini yang masih menganggur disebabkan kelulusan yang mereka perolehi tidak mendapat pasaran atau dalam pekerjaan yang diperlukan oleh pelbagai sektor professional”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bum-Bum dekat sini.

Sehubungan itu Jaujan mencadangkan SMK Pulau Bum-Bum mewujudkan satu program khusus kearah melahirkan anak-anak murid yang berpotensi menjadi pakar dalam pelbagai bidang professional seperti doktor perubatan, saintis, angkasawan, jurutera dan lain-lain.

Katanya, menerusi program khusus ini pelajar dididik cara mencapai matlamat menjadi golongan professional dengan perlunya mereka menguasai mata pelajaran utama iaitu bidang sains, kimia, biologi, matematik dan bahasa English.

Jaujan berkata, pelajar, guru dan ibu bapa juga harus fokus dalam menentukan masa depan mereka dalam memilih bidang akademik yang kelak akan diambil semasa berada di peringkat universiti.

“Ini amat penting supaya ilmu yang diperolehi akan memberi manfaat kepada mereka, selain mudah mendapat kerja dalam pasaran pekerjaan, juga dapat menyumbang dalam agenda pembangunan negara”, tegasnya.

Mengenai APC, beliau berkata ia merupakan manifestasi kesungguhan warga pendidik sekolah itu dalam menjulang dan memertabatkan pendidikan anak bangsa bagi menghadapi cabaran serta persaingan global di abad mendatang.

Katanya, ia selaras dengan inspirasi dan visi negara melahirkan modal insan yang berkualiti menuju ke sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Turut hadir ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Sulabayan, Tuan Haji Zulkiflee Haji Allani, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Datu Garcia Datu Makling, Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Puan Umai Salmah Haji Abd.Karim, Timbalan Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) SMK Pulau Bum-Bum, Encik Abd Karim Haji Darim, Pengetua Sekolah, Encik Johan Haji Okasa, penolong-penolong kanan sekolah, guru-guru dan murid-murid.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan