Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bike Festival angkat imej Tawau sebagai destinasi permotoran

8:10pm 02/11/2015 Ann Vivien 63 views Pelancongan,Tempatan
Datuk Abdul Muis Picho (dua dari kiri) menerima cenderahati sempena perasmian Tawau Bike Festival di Dewan Masyarakat Tawau.

Datuk Abdul Muis Picho (dua dari kiri) menerima cenderahati sempena perasmian Tawau Bike Festival di Dewan Masyarakat Tawau.

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 60 Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho berkata penganjuran program Tawau Bike Festival mampu mengangkat imej daerah ini sebagai salah satu destinasi sukan permotoran berkuasa tinggi di Malaysia.

Sehubungan itu, beliau berharap penganjuran program tersebut dapat diteruskan dari semasa ke semasa kerana dilihat boleh menjana ekonomi dan pelancongan Tawau.

“Para peminat permotoran berkuasa tinggi dari negara jiran seperti Indonesia dan Brunei sudah tentu akan turut tertarik menyertai festival ini,” katanya semasa berucap mewakili Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan merasmikan program itu di Dewan Masyarakat Tawau.

Muis percaya penganjuran program sedemikian boleh memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan mematuhi peraturan dan disiplin semasa berada di atas jalan raya, di samping mendorong golongan muda meminati sukan tersebut sebagai salah satu aktiviti sihat mereka.

Lebih 500 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari tujuh negeri menyertai festival berkenaan, termasuk daripada negara jiran yang menyaksikan pelbagai aktiviti diadakan seperti pameran dan jualan, pertandingan karaoke dan cabutan tiket bertuah.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan