Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bijak mengolah perbezaan, kepelbagaian sebagai kelebihan – Masidi

Antara persembahan penuh keunikan dari salah sebuah kumpulan etnik.

Ranau: Perbezaan dan kepelbagaian akan menjadi kelebihan asal sahaja bijak mengolahnya, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Menurutnya, dalam usaha menyatupadukan rakyat, perbezaan dan kepelbagaian etnik yang terdapat dalam masyarakat perlu dilihat sebagai kekuatan dan bukan sebaliknya.

“Dalam kalangan etnik, banyak persamaan aspek budaya tetapi terdapat variasi dan keunikan tersendiri dalam budaya masing-masing.

“Sub etnik yang terdapat di sini mampu memberi sumbangan dalam pembentukan identiti Dusun Ranau dengan mengambil kira semua variasi budaya dari pelbagai sub etnik.

“Malah, penyertaan etnik selain Kadazandusun dalam program pembangunan menjadi bukti dan petanda adanya toleransi yang tinggi, di samping sebagai usaha mengukuhkan perpaduan, keharmonian dan persefahaman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,” katanya pada Majlis Perasmian Karnival Budaya Kanou Moginakan di Tapak Tamu, di sini pada Ahad malam.

Masidi menyifatkan karnival tersebut pentas terbaik bagi memperlihatkan dan mempamerkan kepelbagaian serta keunikan dalam aspek budaya sesuatu sub etnik masing-masing.

Pada karnival itu, Mukim Paus Paginatan muncul juara Pertandingan Perarakan Kebudayaan dan membawa pulang wang tunai RM6,000, diikuti Mukim Lohan/Bongkud sebagai naib johan dengan hadiah RM5,000 serta Kg Mininsalu yang memenangi tempat ketiga dengan RM4,000.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr Ewob Ebin, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datu Rosmadi Datu Sulai, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Tan Sri Wences Angang, Pengurus Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), William Baya dan Pegawai Daerah Ranau, Faimin Kamin./Penerangan-

JUARA… Mukim Paus Paginatan berjaya dinobatkan johan membawa pulang RM6,000.

Komen


Berita Berkaitan