Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bienda Tuntut M. Nasir, AC Mohon Maaf Kepada Ibunya

2:29pm 11/11/2015 Pak Roshan 2289 views Hiburan

bienda1

ANAK penyanyi dangdut Sheeda, Bienda menuntut juri jemputan Gegarvaganza musim kedua, Datuk M. Nasir dan Datuk AC Mizal memohon maaf terhadap ibunya selepas mengeluarkan komen berunsur mengaibkan terhadap Sheeda.

Menurut Bienda, yang juga seorang penyanyi, komen yang diberikan juri disifatkan menjatuhkan maruah ibu dan keluarga mereka.

Memetik mStar, Bienda berkata, “Saya sangat terkekut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.”

“Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian,” katanya.

M. Nasir dan AC Mizal disifatkan seolah-olah memperlekehkan persembahan Sheeda yang membawakan lagu duet Tiada Lagi bersama penyanyi muda, Aweera.

Antara komen M Nasir iaitu “putera mencari princess tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak princess” dialog menjurus kepada memperlekehkan usia Sheeda yang mahu berlakon sebagai puteri raja.

Kata-kata itu mengundang ketawa orang ramai dan selepas itu turut disambut oleh AC Mizal dengan berkata; “aku dah agak dah… aku dah agak dah…”

Wajah Sheeda dalam program itu terus berubah dengan komen juri.

Sheeda juga memuat naik statusnya yang terkilan dengan tindakan juri yang memperlekehkan dirinya dengan mengaitkan isu umur berbanding mengulas mengenai keupayaan vokalnya.

Dalam program Gegarvaganza musim kedua itu, Sheeda menjadi mangsa ketiga tersingkir selepas Zul Handy Black dan Ezlynn. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan