Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bidang sukan mampu jadi kerjaya profesional

4:40pm 27/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 38 views Sukan,Tempatan
Mohd Joh bergambar kenangan bersama murid-murid SK Melawa yang menyertai Sukan Tahunan SK Malawa Sepanggar Kali Ke-21 di  Padang SK Malawa Sepanggar.

Mohd Joh bergambar kenangan bersama murid-murid SK Melawa yang menyertai Sukan Tahunan SK Malawa Sepanggar Kali Ke-21 di Padang SK Malawa Sepanggar.

KOTA KINABALU- Golongan muda yang ingin melibatkan diri dalam bidang sukan perlu mempunyai disiplin dan semangat yang sangat tinggi kerana bidang itu mampu menjadi kerjaya profesional sekali gus menjana pendapatan lumayan, kata Setiausaha Politik Kementerian Kewangan, Mohd Joh Wid.

Beliau berkata mereka yang baru sahaja menceburi bidang sukan perlu serius ketika menjalani sesi latihan dan setiap pelawanan yang disertai.

“Saya berharap para ibu bapa memberi galakan kepada anak- anak yang berbakat dalam bidang sukan. Bidang sukan kini bukan lagi hobi atau salah satu aktiviti gaya hidup sihat, tetapi ia merupakan satu industri yang dapat menjamin masa depan,”katanya semasa merasmikan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Malawa Sepanggar Kali ke-21, disini, baru- baru ini.

Menurut Mohd Joh, beliau menyokong program baru dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan iaitu “Sport Pitch 2016” yang dapat membuka peluang penajaan kepada program sukan di Malaysia.

“Program ini akan memberi impak yang besar terhadap pembangunan industri sukan di negara ini,”ujarnya.

Sementara itu, beliau turut meminta Jabatan Pendidikan Negari Sabah untuk meninjau dan turun padang melihat sendiri keadaan bangunan sekolah- sekolah yang daif di beberapa kampung sekitar kawasan daerah itu.

“Saya berharap Kementerian Pendidikan memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah di kawasan sub-urban Kota Kinabalu seperti di Inanam, Menggatal dan Telipok untuk dinaik taraf sesuai dengan perkembangan dan kemajuan semasa agar pelajar dapat menjalani aktivit pengajaran dan pembelajaran dengan selesa, “jelasnya Mohd Joh.

Pada masa ini, SK Malawa telah mengalami proses transformasi yang ketara dari sebuah sekolah kampung yang serba kekurangan kini berubah sejak pindah ke tapak baru menjadi sekolah yang cantik dengan bangunan yang menarik. Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional menaik taraf kemudahan pendidikan rakyat di negeri Sabah.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan