Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BIDANG PENDIDIKAN NADI UTAMA

pendidikan

SANDAKAN: Bidang pendidikan merupakan nadi utama dalam membangunkan modal insan untuk membantu dalam kemajuan negara pada masa akan datang.

Menyedari hakikat itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman berkata pihak kerajaan negeri akan terus bekerjasama dan berganding bahu dengan warga pendidik untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena pelancaran Hari Guru Peringkat Daerah Sandakan 2014 di Dewan Sri Libaran di sini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Zakaria Hj Mohd Edris.

Selaras dengan tema sambutan iaitu Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi, beliau berkata ia amat bertepatan kerana masyarakat memerlukan guru yang kreatif dan inovatif bagi melahirkan modal insan yang cemerlang melalui pendekatan yang kreatif dan inovatif.

Sehubungan itu katanya sekiranya ia dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang serius, sudah pasti ia akan membawa kesan yang positif kepada pembangunan dan kecemerlangan murid sebagai aset negara yang berharga.

Menurut beliau kagi, tugas mendidik amat berat dan mencabar dan memerlukan iltizam yang tinggi para guru untuk mengharunginya dalam memberikan bimbingan dan tunkuk ajar kepada anak bangsa agar menjadi insan yang cemerlang, berilmu dan berpekerti mulia.

 

Komen


Berita Berkaitan