Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Biadap sangat, tak malu!

 

SEORANG bapa menampar lelaki yang bertindak biadap melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya di tengah padang kriket dengan disaksikan orang ramai termasuk kanak-kanak di Roundhay Park, Leeds, United Kingdom.

Bapa berkenaan mengambil keputusan masuk campur dengan menampar lelaki itu selepas tidak sabar menunggu polis yang tidak tiba walaupun orang ramai di padang itu menelefon talian kecemasan sekurang-kurangnya lima kali.

The Sun melaporkan, kejadian tengah hari Ahad lalu itu dirakam seorang wanita dan dalam rakaman itu, dia kedengaran memberitahu polis sudah membuat laporan 30 minit lalu, namun tiada anggota yang sampai.

Operator yang menjawab panggilan memberitahu unit polis akan dihantar secepat mungkin ketika bapa berbaju putih dan bertopi itu kelihatan berlari ke arah pasangan berkenaan dan menampar muka lelaki separuh bogel terbabit.

Menurut laporan Daily Mail, polis Yorkshire Barat mengakui anggotanya hanya tiba di tempat kejadian 46 minit kemudian selepas panggilan pertama.

Ketika polis tiba, pasangan berkenaan sudah meninggalkan padang itu.

Namun, menurut jurucakap polis, pasangan itu ditangkap selepas kenderaan dipandu wanita terbabit ditahan kerana memandu melebihi had laju.

“Wanita itu akan dihadapkan ke mahkamah 24 Ogos ini bagi kesalahan trafik, dan polis akan meneruskan siasatan kejadian di padang kriket itu.

“Setiap panggilan ke talian kecemasan diberi keutamaan berdasarkan ancaman, tahap bahaya dan kerosakan kepada orang awam,” kata jurucakap itu. – Agensi/HMetro

 

Komen


Berita Berkaitan