Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BH minta maaf kepada Hassan Sani

Datuk Hassan Sani. – Foto NSTP

 

“Kami, New Straits Times Press (Malaysia) Berhad merujuk kepada artikel yang diterbitkan melalui laman web kami di www.bharian.com.my yang bertajuk ‘Harimau Malaya macam sarkas: Hassan’ (‘Artikel tersebut’) pada 16.11.2017 yang telah dilaporkan oleh wartawan kami Mohd Firdaus Hashim.

Kami ingin menjelaskan bahawa Datuk Hassan Sani tidak pernah memberi apa-apa kenyataan berkenaan Harimau Malaya seperti yang dilaporkan.

Kami menyedari dan mengakui bahawa wartawan kami, Mohd Firdaus Hashim telah terkhilaf dan tidak pernah menghubungi Datuk Hassan Sani berkaitan Artikel tersebut.

Oleh yang demikian, kami dengan ini menarik balik secara menyeluruh Artikel tersebut.

Kami tidak pernah berniat untuk menjejaskan reputasi Datuk Hassan Sani yang merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang disegani yang pernah bermain untuk Sabah FA dan juga Kuala Lumpur FA.

Kami dengan ini meminta maaf secara telus dan ikhlas kerana telah mengakibatkan kesukaran, kesusahan serta keaiban kepada Datuk Hassan Sani, diatas kesilapan dalam artikel tersebut yang tidak disengajakan.

Kami tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan kami di atas dan sebarang kenyataan yang berkaitan dengannya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan