Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Besi tembus otak

MANGSA semakin pulih selepas menjalani pembedahan.
MANGSA semakin pulih selepas menjalani pembedahan.

Beijing: Seorang budak perempuan berusia empat tahun sangat bernasib baik apabila terselamat selepas ditusuk batang besi dari mulut ke otaknya minggu lalu.

Kanak-kanak dari Chifeng, Inner Mongolia itu, bermain dengan batang besi berkenaan yang ditemuinya di dalam sebuah kereta, lapor laman web berita China, Toutiao.

Kanak-kanak itu tersadung dan terjatuh menyebabkan batang besi itu masuk ke mulutnya dan menusuk ke belakang kepalanya.

Selepas dibawa ke hospital, doktor mendapati batang besi itu menusuk tengkoraknya di belakang mata.

Bagaimanapun, hospital itu tidak cukup kelengkapan untuk menjalankan pembedahan menyebabkan mangsa dipindahkan ke pusat perubatan di Beijing untuk menyelamatkannya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan