Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Besi tembus dada

GAMBAR kiri menunjukkan keadaan Song ketika dirawat di hospital, kanan keadaannya selepas kereta dipandunya merempuh lori membawa cerucuk besi.
GAMBAR kiri menunjukkan keadaan Song ketika dirawat di hospital, kanan keadaannya selepas kereta dipandunya merempuh lori membawa cerucuk besi.

Wuhan, China: Seorang lelaki hampir maut apabila sebatang cerucuk besi menembusi dadanya selepas dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di sini baru-baru ini.

Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki itu bersama dua lagi rakannya merempuh belakang sebuah lori yang membawa cerucuk besi.

Insiden itu menyebabkan beberapa cerucuk besi yang dibawa lori berkenaan menembusi kereta terbabit.

Pemandu kereta dikenali sebagai Song, 32, cedera parah selepas sebatang cerucuk besi menembusi dadanya.

Doktor memberitahu, Song bernasib baik kerana cerucuk besi yang menembusi dadanya hanya beberapa sentimeter daripada mencederakan jantungnya.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan