Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Besi tembus dada

KEADAAN Adem selepas ditusuk besi.
KEADAAN Adem selepas ditusuk besi.

Istanbul: Seorang buruh binaan mengalami kecederaan teruk apabila pitam ketika bekerja menyebabkannya terjatuh atas batang besi yang menembusi badannya dari dada ke belakang.

Adem Ozcoban, 19, yang bekerja tempat pembinaan di Gaziantep itu pitam tiba-tiba ketika bekerja dan jatuh dari tingkat pertama bangunan berkenaan ke atas batang besi yang menusuk badannya.

Rakan sekerjanya yang terkejut terus memanggil ambulans dan membawanya ke Hospital Latihan dan Penyelidikan Universiti.

Namun Adem bernasib baik apabila batang besi itu tidak menembusi jantungnya, malah dia kini stabil selepas menjalani pembedahan mengeluarkannya.

Dekan Levent Elbeyli berkata: “Pesakit dibawa dengan batang besi menembusi badannya dari dada ke belakang.

“Pihak kami membuat pemeriksaan awal sebelum melakukan pembedahan yang berjaya menutup kecederaan pada dada dan paru-parunya.

“Pesakit kini stabil dan amat bernasib baik dibawa ke hospital ini yang mempunyai kelengkapan mencukupi.” – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan