Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Besi tembus badan hingga ke kepala

9:05am 18/06/2016 Pak Roshan 453 views Global
DOKTOR memegang besi yang berjaya dikeluarkan dari badan lelaki itu.

DOKTOR memegang besi yang berjaya dikeluarkan dari badan lelaki itu.

Jinan (China): Seorang lelaki di sini mencipta keajaiban apabila berjaya diselamatkan selepas sebatang besi sepanjang 1.5 meter menembusi badannya dari celah kangkang hingga ke kepala.

Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku pada 14 Jun lalu apabila pekerja berumur 40 tahun itu terjatuh di atas cerucuk besi di sebuah tapak pembinaan.

Besi itu menembusi dari celah kangkangnya hingga ke kepala.

Apa yang menakjubkan, lelaki itu didapati masih hidup dan segera dikejarkan ke hospital.

Walaupun cedera parah, lelaki itu masih sedar dan boleh bercakap dengan anggota penyelamat yang membawanya ke hospital. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan