Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Berwaspada Dengan Pembangkang, Ahli Politik

Maximus Ongkili. - foto Jimmy Tan / SayangSabah
Maximus Ongkili. – foto Jimmy Tan / SayangSabah

KOTA MARUDU – “Berwaspada dengan pembangkang”, itulah nasihat Timbalan Presiden Eksekutif Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Menggambarkan mereka sebagai ‘bermusim’, Ongkili berkata ahli politik seperti ini lazimnya muncul apabila hampir pilihan raya.

“Tiba-tiba parti baharu ditubuhkan. Mereka datang waktu musim pilihan raya, yang jelas menunjukkan niat mereka.

Kita dalam Barisan Nasional, sentiasa konsisten dengan misi dan perjuangan kita. Kita belajar daripada kesalahan lampau untuk membina esok yang lebih baik buat rakyat, jadi tahun hadapan akan menjadi lebih baik dari tahun ini,” katanya semasa berucap di hadapan penyokong daripada sayap Wanita dan Pemuda PBS di sini hari ini.

Bercakap pada majlis penyampaian peralatan dapur kepada 48 cawangan Wanita dan peralatan sukan kepada 50 cawangan Pemuda, PBS Kota Marudu, Ongkili berkata daripada sibuk berhadapan dengan isu pembangkang, anggota parti sepatutnya menumpukan kepada persiapan mereka menghadapi pilihan raya akan datang.

“Masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan. Kita telah buktikan keikhlasan kita dan membawa pembangunan kepada rakyat. Kita akan terus berjuang untuk Sabah dan rakyat Sabah,” katanya sambil mengalu-alukan sokongan dan kerjasama berterusan daripada semua anggota PBS di semua peringkat.

Terdahulu, Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air juga menyampaikan sumbangan barangan dan derma sempena Krismas kepada 427 gereja di Matunggong dan Tandek.

Beliau berkata menerusi perhimpunan praKrismas seperti ini, bermaksud untuk menggalakkan perpaduan dan keamanan dalam kalangan rakyat yang merupakan asas kepada kemajuan dan pembangunan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan