Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beruang matahari jadi santapan

Sekumpulan lelaki Indonesia yang ditahan anggota renjer hutan kerana membunuh beruang matahari. – AFP

 

Pekan Baru: Sekumpulan lelaki ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas rakaman video menunjukkan mereka melapah dan memasak beruang matahari selepas menyembelihnya.

Menurut polis hari ini, semua lelaki terbabit yang berasal dari pulau Sumatera didakwa mengikut Undang-Undang Alam Sekitar yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga 100 juta rupiah (RM27,710) dan penjara lima tahun.

Ketua polis tempatan, Christian Rony berkata, empat beruang itu terperangkap dalam jerat dipasang suspek.

Mereka kemudian memukul dan menembak mati haiwan terbabit. 

Semua lelaki berumur antara 33 hingga 51 tahun itu kemudian melapah dan memasak daging beruang terbabit.

“Mereka juga mengedarkan daging haiwan itu kepada penduduk kampung,” kata Rony.

Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam menyenaraikan beruang matahari sebagai haiwan terancam. Ia adalah spesies beruang terkecil dan hidup di hutan tropika dan paya tropika di Asia Tenggara. – AFP/HMetro

Lebihan sisa beruang matahari selepas dilapah suspek.- AFP

Komen


Berita Berkaitan