Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bertumbuk kerana Pokemon

pokemon

Singapura: Pokemon GO punya pasal, dua lelaki ditahan polis kerana bergaduh, penahanan pertama di negara berkenaan membabitkan permainan itu sejak ia dilancarkan di Singapura pada 6 Ogos lalu.

Dalam kenyataan hari ini, polis menyatakan dalam kejadian Ahad lalu, mereka menerima panggilan mengenai pergaduhan antara seorang pemandu dan seorang pejalan kaki di pintu masuk letak kereta Plaza Singapura berusia 28 dan 33 tahun.

Siasatan mendapati pejalan kaki berkenaan bermain Pokemon GO ketika melintas jalan dan marah apabila pemandu terbabit membunyikan hon menyebabkan tercetus perbalahan sebelum mereka mula bertumbuk.

Kedua-dua mereka ditahan di tempat kejadian.

Menurut kenyataan itu, polis sedar dengan rungutan orang ramai di media sosial yang tidak senang dengan sikap pemburu Pokemon tidak menghiraukan keselamatan, termasuk meletak kenderaan sesuka hati dan melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan. – AsiaOne/HMetro

Komen


Berita Berkaitan