Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bertuahnya lelaki

11:05am 29/08/2016 Pak Roshan 3172 views Global
 LELAKI itu tersenyum riang selepas menerima lamaran kekasihnya.

LELAKI itu tersenyum riang selepas menerima lamaran kekasihnya.

Chengdu, China: Seorang lelaki di China mungkin lelaki paling bertuah di dunia apabila dia dilamar teman wanitanya, lengkap dengan hadiah sebuah motosikal Harley Davidson dan dokumen hartanah.

Wanita itu yang memakai gaun pengantin dan memegang sejambak bunga serta fail berwarna merah, berdiri berhampiran motosikal berkenaan dan menunggu kekasihnya pulang dari kerja.

Apabila kekasihnya keluar dari tempat kerjanya, wanita itu memberi jambangan bunga berkenaan dan terus berlutut untuk melamar kekasihnya itu.

“Akhirnya, saya berjaya mengumpul wang untuk membeli motosikal idaman kamu.

“Terimalah lamaran saya dan saya akan meletakkan nama kamu dalam hartanah ini,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan