Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bertindak tanpa kompromi terhadap pengganas: TKP

 

PARAJURIT NEGARA.. Abdul Rashid bersalam dengan anggota keselamatan yang bertugas di Esszone.
PARAJURIT NEGARA.. Noor Rashid bersalam dengan anggota keselamatan yang terlibat dalam latihan Pasak. – foto Esscom Times

SANDAKAN: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim memberi amaran bahawa pasukan keselamatan negara akan bertindak tanpa kompromi dan belas kasihan terhadap pengganas yang menggugat keselamatan negara ini.

“Pasukan keselamatan akan terus memberi isyarat kepada pengganas khususnya yang masih tidak mengendahkan pertahanan negara dengan menunjukkan cerminan risiko yang bakal mereka terima,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan latihan Pasak I, Program latihamal ESSCOM. di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini semalam.

Menurut beliau pasukan keselamatan yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk memerangi pengganas yang cuba menceroboh masuk bagi mengganggu gugat kedaulatan negara, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Beliau juga menegaskan bahawa kumpulan pengganas akan mendapat tindakbalas sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam latihan Pasak I iaitu serbuan bangunan untuk membebaskan tebusan yang dilaksanakan di bawah penyelarasan ESSCOM.

Sementara itu, Noor Rashid berkata latihan Pasak 1 adalah bertujuan menilai perancangan serta melihat sejauh mana keberkesanan perancangan itu.

Sehubungan itu, beliau berharap latihan itu dapat mendedahkan anggota dan pelbagai agensi berkaitan dengan senario sebenar sebagai langkah persediaan dan kesiapsiagaan sekiranya berlaku kejadian luar jangka terutama pencerobohan.

“Sekiranya ada kelemahan dan kepincangan dalam latihan ini, saya harap ia dapat dikenalpasti dan diambil kira untuk memperbaiki perancangan serta tindakan pada masa akan datang,” katanya.

Hampir 400 orang termasuk 40 pegawai dan 300 anggota menjayakan Latihan Pasak I itu yang diadakan di kawasan berek lama Ibu Pejabat Daerah Sandakan.

Latihan itu disertai pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerakan Khas, Pasukan Atur Cepat, Pasukan Tindakan Khas, Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, Komander ESSCOM Dato’ Abdul Rashid Harun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Malik Harun dan Ketua Komponen Perisikan ESSCOM Datuk Rahim Mohamad.

Komen


Berita Berkaitan