Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,760

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bertentangan dengan fakta sebenar, buku teks sejarah tingkatan 1 didesak ditarik balik

4:20pm 29/09/2016 Leolerry Lajius 1579 views Mutakhir,Pendidikan

buku3

TENOM: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional bahagian Tenom menggesa Kementerian Pendidikan agar menarik balik  Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 yang kandunganya bertentangan dengan  fakta  sebenar mengenai adat resam  kematian dan pengkebumian etnik murut.

Pengerusinya Jamawi Jaafar  berkata, beberapa fakta di dalam buku teks sejarah tersebut terutamanya dalam bab “Adat Kematian” tidak benar dan tidak berlandaskan apa yang diamalkan oleh suku kaum Murut dalam  soal pengurusan  kematian dan pengkebumian.

buku2

“ Kami telah meneliti isi kandungan buku ini terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan  adat kematian yang didakwa oleh penulis bahawa, mayat dibakar di dalam tempayan dan disimpan di dalam rumah selama tujuh hari yang mana ia tidak  diamalkan oleh suku kaum murut ” katanya dalam satu kenyataan media.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom turut menyatakan, setelah meneliti tulisan dalam buku teks sejarah tingkatan 1 ini, menunjukan penulis tidak peka ,di samping kurang membuat penyelidikan dan tidak bertanggungjawab dalam mendapatkan maklumat yang tepat serta tidak peka dengan adat resam suku kaum Murut di Sabah.

Katanya, perkara ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat Murut di Sabah yang majoritinya menetap di daerah Tenom, Pensiangan dan sebahagian di Sipitang dimana isu ini telah menjadi Viral di laman Sosial facebook dan juga Whatsapp.

Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia menarik balik penggunaan dan edaran buku teks sejarah tingkatan 1 ini, di semua sekolah seluruh negara.

“ Kami juga mahu penulis serta penerbit buku ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka Memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Murut dan menarik balik buku ini daripada edaran” katanya

Tambah Jamawi bantahan secara bertulis telah dikemukan kepada Kementerian Pelajaran malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sementara itu satu laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Nabawan Oleh Persatuan Murut Sabah melalui Ketua Belianya Raymond Ahuar yang meminta agar pihak berkuasa menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan terhadap perkara ini.

buku

Persatuan NGO Momogun Sabah juga turut melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan kesalahan fakta dalam Buku Sejarah
Tingkatan 1 ini , Pengerusinya Ruday Sulaiman Mairi berkata persatuan tersebut akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan susulan terhadap isu ini

“Kita akan meneliti perkara ini sebelum melakukan sebarang tindakan termasuklah membuat laporan Polis agar perkara ini diteliti dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang berkenaan” katanya./SayangSabah

Jamawi Jaafar

Jamawi Jaafar

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan