Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bertemu selepas 20 tahun

Antara bekas pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam SPM 1994. - foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah
Antara bekas pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam SPM 1994. – foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah

SANDAKAN – Selepas 20 tahun, guru dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Garam telah berkumpul dalam satu majlis yang penuh nostalgia sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Majlis Reunion Raya SPM 1994 SMK Bukit Garam itu merupakan inisiatif bekas pelajar sekolah berkenaan khususnya yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun tersebut.

Pengerusi Penganjur, Ruziman Guspini dalam ucapannya berkata penganjuran program pada hari tersebut merupakan sesuatu yang amat bermakna kepada beliau dan rakan-rakan yang lain kerana selepas menamatkan SPM di sekolah berkenaan kebanyakkan daripada mereka tidak lagi bertemu.

“Kami terharu kerana selepas 20 tahun akhirnya dapat berkumpul dalam majlis silaturahim ini, lebih lagi dalam suasana Aidilfitri,” kataanya.

Majlis Reunion Raya SPM 1994 SMK Bukit Garam yang telah diadakan di Dewan Sri Gemilang SMK Bukit Garam Kinabatangan itu telah dihadiri oleh lebih 50 orang bekas pelajar, guru serta ahli keluarga sekolah berkenaan.

Selain itu, Ruziman berkata majlis pada kali ini diharap akan menjadi pembuka jalan bagi mereka menganjurkan aktiviti lebih besar yang melibatkan bekas pelajar SMK Bukit Garam SPM 1994.

“Sudah semestinya selepas ini lebih banyak program yang akan dirancang dan dilaksanakan. Kami juga berharap akan dapat meluaskan program-program lain bukan sahaja memberi manfaat kepada bekas pelajar SPM 1994 tetapi juga kepada sekolah ini secara keseluruhannya,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan