Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bertayamum Itu Mudah

11:37am 12/10/2016 Zakir Sayang Sabah 32 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Islam ialah agama yang memudahkan umatnya dalam segala urusan. Pelbagai keringanan atau langkah alternatif disediakan agar ibadat dapat dilaksanakan walaupun dalam keadaan darurat. Tiada alasan untuk tidak melaksanakan perintah Allah walau sesukar mana pun keadaannya.

Salah satunya adalah tayammum.

Tayammum adalah ganti kepada wuduk atau mandi wajib bagi mereka yang tidak dapat menggunakan air.

Ada 3 sebab seseorang itu tidak dapat menggunakan air sehingga memaksa dirinya untuk bertayammum:

1# – Uzur Kerana Sakit

Jika seseorang itu menggunakan air boleh menyebabkan sakitnya bertambah teruk atau lambat sembuh, maka bolehlah bertayammum. Dapatkan keterangan daripada doktor untuk mengesahkan kondisi penyakit anda.

2# – Dalam Perjalanan

Jika anda berada dalam perjalanan atau musafir dan sukar mendapatkan air, maka bolehlah bertayammum.

3# – Tiada Air

Tayammum boleh dilakukan bagi menggantikan wuduk sekiranya ketiadaan air atau air yang dimiliki hanya cukup untuk minum sahaja.

Syarat-syarat tayammum ada 4 kesemuanya:

1. Masuk waktu solat sedangkan air tiada.

2. Air tidak ditemui walaupun setelah berusaha mencarinya. Ini dikecualikan bagi mereka yang sakit.

3. Tanah suci dan berdebu.

4. Najis dari badan hendaklah dihilangkan terlebih dahulu dan beristinjak sebelum bertayammum. Istinjak bermaksud menghilangkan najis kecil atau besar dari tempat keluarnya dengan menggunakan sesuatu yang bersih seperti air, kertas, batu, dan sebagainya sehingga najis itu bersih.

Rukun tayammum ada 5 kesemuanya:

1. Berniat untuk bertayammum.

2. Menekankan kedua tapak tangan ke atas debu yang suci.

3. Menyapu muka dengan debu tadi.

4. Menekankan kedua tapak tangan ke atas debu sekali lagi. Kemudian, sapu dua tapak tangan sehingga ke siku.

5. Tertib iaitu mengikut aturan.

4 perkara sunat untuk dilakukan semasa bertayammum adalah:

1. Membaca Bismillahirrahmanirrahim pada permulaan.

2. Menghadap kiblat .

3. Menyapu anggota kanan terlebih dahulu.

4. Mengerjakan dengan berturut-turut.

Jika mengambil wuduk menggunakan air boleh terbatal kerana beberapa hal, begitu juga semasa bertayammum.

Berikut adalah perkara-perkara yang boleh membatalkan tayammum:

1. Perkara-perkara yang membatalkan wuduk turut membatalkan tayammum.

2. Bagi seseorang yang tidak uzur, memperolehi air sebelum memulakan solat boleh membatalkan tayammum.

3. Seseorang yang uzur tetapi sudah boleh menggunakan air, tidak boleh bertayammum.

Ada 2 masalah berhubung dengan tayammum. Dua masalah ini perlulah diambil berat bagi memastikan tiada kekeliruan semasa bertayammum.

1. Orang yang bertayammum kerana tiada air tidak wajib untuk mengulangi solatnya apabila berjumpa air. Tetapi orang yang tayammum serta berjunub, wajib mengulangi mandi junubnya apabila memperoleh air dan mahu mengulangi solatnya.

2. Boleh bertayammum dengan sebab luka atau kerana terlalu dingin. Ini kerana jika keadaan terlalu dingin atau sejuk, dikhuatiri akan timbul pula masalah kesihatan.

Maka itu , dengan garis panduan bertayamum yang tersedia ada di dalam Al Quran dan Hadis sejelas-jelasnya tidaklah menjadikan kita sebagai hambaNya beralasan untuk tidak mengerjakan apa yang telah difardhukan olehNya . Ini juga salah satu bukti cinta kasih kita yang bersungguh-sungguh kepada Maha Pencipta.

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Anas)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan