Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Bertafakur satu minit seluruh negara’

bertafakur

KUALA LUMPUR: “Saya berharap kita akan dapat mengadakan saat bertafakur selama satu minit secara serentak di seluruh negara sebagai menghormati dua tragedi malang yang menimpa pesawat MH370 dan MH17,” kata Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Menteri Pertahanan itu berkata, meskipun perkara itu perlu dibincangkan diperingkat Kabinet, beliau berharap seluruh rakyat Malaysia akan bersatu padu bagi mengingati peristiwa terbabit.

Menurutnya, hari yang dinamakan sebagai Hari Berkabung Kebangsaan itu juga bagi menunjukkan perbezaan di antara negara-negara yang dilanda pelbagai dugaan dan krisis pada tahun ini.

“Sebelum ini kita boleh kumpulkan ratusan ribu rakyat di Bukit Jalil bagi menunjukkan protes kita terhadap pembunuhan rakyat di Gaza, tiada sebab untuk kita tak boleh melakukan paling kurang satu minit untuk memberikan penghormatan pada mereka yang tak berdosa kerana ditembak jatuh.

“Saya nak buat serentak satu negara, kalau boleh tiada kereta akan bergerak sekalipun pada waktu itu, ia merupakan satu gerakan yang sangat mulia dan membezakan kita dengan negara yang dilanda macam-macam dugaan,” katanya ketika memberi ucapan perasmian mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong, di sini, semalam.

Sementara itu, Hishamuddin yang juga Naib Presiden UMNO itu berkata, kerajaan akan membuat ketetapan berhubung penghantaran pulang jenazah ke tanah air, selepas proses lanjut pengenalan identiti oleh Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) antarabangsa yang dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk selesai.

Katanya, seluruh anggota Kabinet sudah berbincang mengenai peranan masing-masing dalam urusan penerimaan jenazah MH17 ke tanah air.

Komen


Berita Berkaitan