Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Bersemadilah mama’

bersemadilah mama

NILAI: Suami dan tiga anak pramugari penerbangan MH17, Lee Hui Pin, 42, kelihatan tenang sepanjang upacara penghormatan terakhir sehingga bekas abu diletakkan di tempat persemadian disediakan di Taman Peringatan Xiao En, di sini, semalam.

Ketibaan bekas abu yang dilitupi Jalur Gemilang pada jam 10.50 pagi itu diiringi 200 ahli keluarga dan rakan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) dan tiga bas disewa khas.

Suami mendiang, Wong Kin Wah, 40-an dan tiga anak mereka, Wong Rui Qi, 13, Wong Hong Kai, 10, serta Wong Shenkai, dua tahun, dibawa mengikuti upacara keagamaan dan penghormatan terakhir mengikut agama Buddha.

Sementara itu, pramugari kanan MAS, S Usha Kumari, 40, berkata, kehilangan Hui Pin sangat dirasai.

“Saya sedih sebaik melihat abu mayat disimpan. Saya tidak sangka tragedi MH17 menimpa rakan baik yang dikenali sejak 23 tahun lalu. “Mendiang seorang isteri dan ibu yang baik kerana sepanjang mengenalinya, dia tidak pernah jemu bercerita mengenai keluarganya,” katanya ketika ditemui di Taman Peringatan Xiao En, di sini, semalam.

Ketua Pramugara Macmillan Solibun, 45, berkata, kali terakhir dia bekerja bersama Hui Pin lebih sebulan lalu untuk penerbangan ke Australia.

Komen


Berita Berkaitan