Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bersedia mantapkan diri, tambah kemahiran baharu

Para peserta bergambar kenangan selepas tamat bengkel.

KOTA KINABALU: Para mahasiswa perlu bersedia untuk sentiasa memantapkan diri dengan pelbagai kemahiran baharu sebagai suatu nilai tambah.

Atas tujuan tersebut, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Bengkel Penulisan Berita di Bilik Seminar, Dewan Serbaguna Kolej Kediaman Tun Fuad, UMS di sini, pagi Sabtu.

Exco Publisiti dan Kewartawanannya, Masran Tamin berkata, program tersebut adalah kesinambungan hala tuju MPP UMS untuk meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswanya.

“Bengkel itu bertujuan untuk memperkasa kemahiran penulisan unit publisiti bagi kelab, persatuan dan jawatankuasa kebajikan mahasiswa yang terdapat di UMS.

“Melalui program ini juga, mahasiswa dapat memperbaiki mutu penulisan selain mempunyai motivasi yang tinggi untuk menghasilkan penulisan berita yang baik,” katanya.

Bengkel sehari itu disertai seramai 16 orang siswa dan siswi telah didedahkan mengenai motivasi penulis, pengurusan media, kod etika kewartawanan dan konsep serta asas penulisan berita./Penerangan-

Masran (kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada wartawan JaPen, Eviannie Kin.

Komen


Berita Berkaitan