Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bersatu di kala pilu

najibb

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meminta semua rakyat bersatu ketika negara berkabung sebagai penghormatan kepada jenazah mangsa tragedi MH17 yang mula dibawa pulang hari ini.

“Hari ini kita meratapi kehilangan rakyat kita. Hari ini kita mula membawa mereka pulang.

“Saya minta semua rakyat Malaysia untuk bersatu di kala pilu, bersatu dalam doa yang sama,” katanya dalam entri terbaharu Twitter beliau sebentar tadi.

Perdana Menteri sebelum itu menghadiri Upacara Penghormatan Kepada Mangsa Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Dalam satu lagi entri sebelum itu, Najib juga berkongsi kesedihan dan mendoakan untuk mangsa serta keluarga mereka.

“Tiada kata-kata yang dapat menzahirkan rasa kehilangan apabila menyaksikan jenazah-jenazah itu kembali, doa saya untuk mangsa dan keluarga #MH17,” katanya

Komen


Berita Berkaitan