Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bersatu bersama untuk kesejahteraan kampung

7:45am 11/02/2016 Ann Vivien 45 views Isu Semasa,Tempatan
Raime (tengah) merakamkan kenangan bersama penduduk Kg.Abul.

Raime (tengah) merakamkan kenangan bersama penduduk Kg.Abul.

TENOM: Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi mahu penduduk kampung bersatu-padu dan bekerjasama untuk kesejahteraan kampung.

Katanya, dalam sesebuah kampung perlu ada kepimpinan yang baik di kalangan ketua kampung, pengerusi jkkk dan ahli jawatankuasa kampung bersama penduduk yang lain.

“Inilah yang akan menentukan sesebuah kampung itu dalam keadaan aman, bersih, sejahtera dan kemajuan dapat dilaksanakan untuk kebaikan bersama,” katanya ketika berucap merasmikan merasmikan Program Gotong-Royong Pemimpin Bersama Rakyat di Kg.Abul, Kemabong baru-baru ini.

Tambah Raime, suasana perkembangan politik tanah air hari ini agak mencabar kerana masyarakat terdedah dengan pelbagai maklumat yang adakalanya digunakan oleh pihak tertentu untuk memburuk-burukkan kerajaan.

“Jangan mudah terpengaruh dengan pelbagai hasutan pembangkang terhadap kerajaan kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat. “Kita tahu pihak pembangkang menggunakan media sosial yang ada hari ini untuk mempengaruhi minda dan tanggapan rakyat terhadap kerajaan.”Berhati-hati dan selidiki terlebih dahulu setiap maklumat yang disebarkan melalui media sosial yang ada hari ini” katanya.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan