Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bersama tangani penyalahgunaan dadah: Abidin

AHLI PEMADAM... Mayor DBKK, Datuk Abidin Madingkir bergambar kenangan bersama-sama ahli PEMADAM. - foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah
AHLI PEMADAM… Mayor DBKK, Datuk Abidin Madingkir (duduk – tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama-sama ahli PEMADAM. Turut kelihatan Ketua Pengarah DBKK yang juga Pengerusi PEMADAM Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai (Duduk – empat dari kiri). – foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Semua pihak perlu bekerjasama memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat dan pendedahan mengenai bahaya dadah kepada masyarakat yang sekaligus membantu agensi pihak berkuasa membanteras penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Abidin Madingkir berkata, aktiviti penyalahgunaan dadah merupakan cabaran dan masalah yang perlu ditangani oleh semua pihak termasuk kerajaan, swasta, ibubapa dan masyarakat.

“Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, kita mempunyai peranan penting untuk bersama-sama menyampaikan maklumat berhubung bahaya penyalahgunaan dadah kepada ahli keluarga, sahabat dan jiran kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sabah yang ke-18 di Bangunan DBKK di sini hari ini.

Beliau juga menyarankan ibubapa agar memberi perhatian serta kasih sayang kepada anak masing-masing agar tidak mudah terpengaruh dan terlibat dengan gejala tidak sihat yang berlaku pada masa kini.

“Pengabaian kasih sayang ibubapa terhadap anak-anak merupakan salah satu punca  mendorong generasi muda terjebak dalam pelbagai masalah sosial,” katanya.

Sementara itu, beliau berharap agar PEMADAM cawangan Bandaraya Kota Kinabalu akan terus meningkatkan lagi usaha membanteras serta memberi pendedahan berkaitan  penyalahgunaan dadah pada tahun ini.

“Tiada guna sekiranya bandaraya Kota Kinabalu ini terkenal dengan kecantikan, kebersihan dan keindahan tetapi tercemar dengan golongan masyarakat yang terlibat dalam aktiviti dadah,” katanya lagi.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan