Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bersama- sama hulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran-Jainab

SUMBANGAN… Jainab menyampaikan bantuan peribadi kepada salah seorang mangsa, Noriyati Dakim, 23 di Dewan Serbaguna Likas, dekat sini, hari ini. Turut kelihatan, empat orang anak beliau yang terselamat dari kejadian kebakaran di Kg. Muhibbah, semalam. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU: Masyarakat setempat diseru agar bersama- sama memberi bantuan kepada mangsa- mangsa kebakaran di Kampung Likas.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata kerajaan melalui Jabatan Kebajikan juga telah menyediakan bantuan berbentuk keperluan asas seperti barang mandian dan bahan makanan.

Namun, katanya, terdapat pelbagai bentuk sumbangan lain yang boleh diberikan selain dari bantuan kewangan.

“Masyarakat setempat boleh memberikan sumbangan dari segi tenaga seperti membantu mengawal keadaan sekeliling, memasak dan sebagainya,” katanya ketika ditemui media selepas melawat mangsa- mangsa kebakaran di dewan serbaguna Likas, dekat sini, hari ini.

Menurut Jainab, semua bantuan perlu disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Ketua Kampung agar kesemua mangsa kebakaran akan menerima bantuan berkenaan.

“Saya difahamkan kelmarin terdapat dua orang lelaki yang mana kediaman mereka tidak terlibat dalam kebakaran mendaftar untuk mendapatkan bantuan,”katanya.

Dalam masa sama, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu meringankan beban mangsa- mangsa kebakaran baru- baru ini. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah.

Jainab menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Kg. Muhibbah, Likas. Foto: Alex Mairin/SayangSabah
Dewan Serbaguna Likas sebagai pusat pengumpulan mangsa-mangsa kebakaran di Kg. Muhibbah Likas. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan