Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bersama jaga kebajikan golongan kurang bernasib baik 

PicsArt_1436601778569KOTA BELUD – Tanggungjawab menjaga kebajikan golongan kurang bernasib baik khususnya kanak-kanak, tidak harus diletak sepenuhnya di bahu kerajaan  semata-mata, sebaliknya usaha itu memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua lapisan masyarakat.

Ketua Puteri Umno Kota Belud, Masnatu Satong berkata, masyarakat boleh membantu dengan memberi pendidikan, nilai kasih sayang dan keprihatinan terhadap golongan tersebut.

“Bantuan yang diperlukan oleh golongan berkenaan bukan hanya dalam bentuk fizikal, tetapi  kasih sayang dan keprihatinan,” katanya semasa di program semarak kasih Ramadhan dan penyampaoan sumbangan kepada anak yatim di Dewan Serbaguna Mayang, di sini hari ini.

Kelihatan dalam gambar (atas) Puteri Umno bergambar kenangan bersama-sama anak yatim ketika di majlis berkenaan.

Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan