Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Berpantang ajal sebelum maut’

XAVIER CUNNIGHAM

 

CHICAGO: Seorang budak lelaki Amerika Syarikat berusia 10 tahun semakin sembuh semalam selepas besi mencucuk daging tertusuk tengkorak tetapi tidak terkena otaknya, dalam apa yang digambarkan pasukan perubatan sebagai ‘satu dalam sejuta’ kemalangan seumpama itu.

Jika Xavier Cunningham terkena sekurang-kurangnya 2.54 sentimeter pada sebelah mana pun kepalanya selepas jatuh daripada tangga rumah pokok ke atas besi tajam yang tercacak, dia mungkin cedera teruk atau terbunuh.

Sebaliknya, budak itu boleh berdiri selepas menjalani pembedahan Ahad lalu di Kansas untuk membuang pencucuk sepanjang 0.30 meter itu dari tulang pipi sehingga belakang lehernya.

“Benda itu tidak terkena mata, otak dan saraf tunjang.

“Ia kejadian satu dalam sejuta untuk melepasi 13 hingga 15 sentimeter menerusi depan muka hingga belakang dan tidak terkena mana-mana satu daripadanya,” kata pakar bedah saraf, Koji Ebersole.

Ebersole berkata, pencucuk besi itu melalui ruang kecil dalam kepala mangsa yang dikelilingi saluran darah utama.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu melepasi kedalaman itu dalam keadaan mangsa selamat, apa lagi memikirkan proses pemulihan hampir sempurna walaupun tidak sempurna,” kata Ebersole.

Kemalangan menimpa Xavier berlaku tengah hari Sabtu lalu apabila dia bermain berhampiran rumahnya.

Dia diserang tebuan dan jatuh dari rumah pokok, ke atas pencucuk besi yang dipacakkan Xavier dan rakan-rakannya di atas tanah, lapor media AS.

Pencucuk itu menembusi pipi kiri mangsa di bawah mata dan terus melepasi tengkorak tetapi menembusi kulit belakang lehernya.

Xavier kemudian berlari balik ke rumah, dengan pencucuk itu masih terlekat.

“Saya dengar dia menjerit. Xavier datang dan benda itu terlekat pada mukanya,” kata ibunya, Gabrielle Miller.

Seperkara mengagumkan adalah Xavier mampu berjalan masuk ke bilik kecemasan hospital.

Dia dipindahkan dua kali ke hospital lain sebelum pasukan pembedahan berkelayakan dikumpulkan. — AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan