Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bernard Dompok menjadi duta pertama Malaysia ke Vatican City

9:24pm 17/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 99 views Berita Pilihan,Mutakhir,Nasional,Tempatan
Bernard Dompok dan isterinya, Puan Sri Diana berpakaian tradisi selepas majlis penerimaan watika pelantikan di Istana Negara.

Bernard Dompok dan isterinya, Puan Sri Diana berpakaian tradisi selepas majlis terima watikah pelantikan di Istana Negara.

PUTRAJAYA- Pelantikan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok sebagai penduduk Malaysia yang pertama menjadi Duta Besar Malaysia ke Holy See merupakan pemangkin kepada pemimpin terkini parti tersebut bagi meneruskan perjuangan untuk komuniti Pasokmomogun.

Pemangku Presiden Upko, Datuk Seri Panglima Madius Tangau berkata pelantikan tersebut mencerminkan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan besar sepanjang beliau berkhidmat sebagai pemimpin tertinggi negeri dan juga sebagai menteri persekutuan.

Menurut Madius, bekas pemimpin tertinggi UPKO itu tidak pernah gagal untuk memperjuangkan isu- isu berkenaan Pasokmomogun termasuklah hal berkaitan agama.

Beliau yang juga merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata Upko serta 130,000 ahlinya bangga atas penghormatan yang diberikan kepada pemimpin terkemuka itu untuk mewakili Malaysia ke Vatican City.

“Disebabkan sumbangan cemerlang beliau, maka tidak diragui lagi bahawa beliau merupakan calon yang paling sesuai,”katanya.

Bernard turut dilantik sebagai duta besar di Malta iaitu terletak di pusat Nediterranean dan Albana di Balkans. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan