Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Berlian RM60j

10:18am 17/02/2016 Pak Roshan 2110 views Global
Berlian 404 karat sepanjang tujuh sentimeter itu.

Berlian 404 karat sepanjang tujuh sentimeter itu.

Angola: Sebutir berlian, dipercayai satu daripada yang terbesar pernah ditemui, dijumpai di Afrika Selatan, baru-baru ini.

Berlian putih yang hampir sempurna itu ditemui pelombong sebuah syarikat Australia di kawasan terpencil di Lunda Norte, wilayah di timur laut Angola.

Menurut Syarikat Berlian Lucapa, batu permata itu seberat 404 karat dan bernilai kira-kira £10 juta (RM60 juta).

Pengurus syarikat, Miles Kennedy memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), berlian itu ialah yang terbesar pernah ditemui di Angola.

Berlian berukuran tujuh sentimeter panjang itu mengatasi rekod yang pernah dicatatkan berlian 217 karat ‘Angola Star’ yang ditemui pada 2007.

Syarikat itu yang melombong di kawasan itu sejak Ogos tahun lalu percaya permata itu adalah yang ke-27 terbesar pernah dicatatkan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan