Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Berlari sambil menderma melalui UNITAR-SIDMA Charity Fun Run

8:04pm 02/02/2016 Leolerry Lajius 60 views Tempatan
Dr. Mornie dan Felicia menunjukkan baju sempena larian amal tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Dr. Mornie dan Felicia menunjukkan baju sempena larian amal tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: SIDMA College Sabah dan UNITAR International University buat julung kalinya akan berkolaborasi menganjurkan UNITAR-SIDMA Charity Fun Run yang akan diadakan pada 13 Februari depan.

Larian amal ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi Rumah Anak Yatim Al-Mughni Penampang yang diasaskan serta ditabir oleh SIDMA College sejak tahun 2013 serta dana bagi  Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM).

Menurut Pengerusi dan pemilik SIDMA Kolej Sabah dan Sarawak Dr. Mornie Kambrie, larian yang melibatkan jarak 10 dan 5 kilometer ini akan diadakan di Kompleks Sukan Likas bermula jam 6.00 pagi dan setakat ini telah mendapat penyertaan seramai 1,780 peserta termasuk 139 peserta mendaftar sebagai pelari virtual.

“Para peserta boleh mengambil ‘race pack’ bermula daripada 10 hingga 12 Februari di SIDMA College dan kaunter akan dibuka bermula jam 10.00 pagi sehingga 8.00 malam tetapi pada 12 Februari hanya dibuka sehingga 6.00 petang sahaja, ” katanya ketika sidang media di Hyatt Regency Hotel Kota Kinabalu petang tadi.

Tambah beliau, setiap peserta akan menerima sebuah medal, t-shirt dan sijil, manakala hadiah utama berupa wang tunai ditawarkan kepada pemenang di tempat pertama sehingga tempat ke sepuluh bagi setiap kategori selain berpeluang memenangi cabutan tiket bertuah.

“Pameran dan pertunjukan motor juga akan diadakan pada hari tersebut yang akan menghimpunkan lebih 200 motorsikal pelbagai jenis termasuk Skuter, Motocross dan Motard, motosikal (kapcai) dan motorsikal di bawah 200cc,”katanya.

‘Flag off’ larian tersebut akan dilepaskan oleh Ratu Pecut Felicia Mikat dan untuk keterangan lanjut boleh menghubungi 088-732000 atau mendaftar masuk ke www.unitarsidmarun.com atau melalui pautan facebook ‘unitarsidmacharityfunrun’.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Suasana ketika sidang media tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Suasana ketika sidang media tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan