Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Berlari sambil menderma dalam Larian Amal Kaamatan Tambunan 2016

9:00pm 08/01/2016 Leolerry Lajius 53 views Sukan,Sukan Tempatan,Tempatan
Datuk Joseph ketika sidang media tersebut.

Datuk Joseph ketika sidang media tersebut.

TAMBUNAN: Pendaftaran bagi Larian Amal Kaamatan Tambunan 2016 kali kedua dilancarkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan pagi tadi.

Larian tersebut akan diadakan pada 17 April sejauh 13 kilometer,  dan merupakan salah satu platfrom untuk mempromosikan Tambunan sebagai salah satu destinasi pelancongan di samping sebagai satu saluran untuk mengutip sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Peserta yang ingin mengikuti aktiviti ini boleh mendaftar sebelum atau pada 7 Mac secara online melalui laman web Eventbrite dengan mencari Tambunan Kaamatan Charity Run 2016 atau secara manual di Likas Golf Driving Range atau di Pejabat Daerah Tambunan.

Yuran penyertaan adalah RM75.00 bagi 300 orang peserta terawal, RM90.00 bayaran normal bagi 800 orang peserta dan peserta yang lewat mendaftar pula sebanyak RM100.00.

“Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai program ini sambil membantu orang yang kurang berkemampuan di samping untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat,”katanya.

Pada tahun lalu kesemua hasil kutipan melalui aktiviti ini diserahkan kepada Rumah Kanak-kanak Bondulu, Toboh dan pada tahun ini hasil kutipan akan diserahkan kepada Rumah Kanak-kanak Bondulu, Asrama Butitin Nabawan dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Tambunan.

Bagi peserta yang ingin mengikuti program ini boleh menghubungi nombor berikut 088-212268.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan